fbpx

Tauke kedai makan rugi RM500,000, rumah dipecah masuk dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai hari ini.

KUALA KRAI – Seorang wanita yang merupakan peniaga kedai makan mengalami kerugian sebanyak RM500,000 apabila rumahnya di Kampung Paya Bemban di sini dipecah masuk dua lelaki awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun berada di rumahnya seorang diri sebelum menyedari dua lelaki masuk melalui bahagian siling rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam keadaan itu, kedua-dua suspek telah bertindak melarikan wang tunai berjumlah RM120,000 dan beberapa utas barangan kemas milik mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai mengalami kerugian hampir RM500,000 dalam kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu dan diharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI