fbpx

Suspek ke-10 kes rogol gadis bawah umur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA KRAI – Selepas menahan sembilan suspek termasuk remaja berusia 13 tahun, polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur, Oktober lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 15 tahun itu dicekup di rumahnya di sekitar Kota Bharu kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam.

“Penahanan seorang lagi remaja itu menjadikan seramai 10 orang suspek telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kes rogol itu dipercayai akibat masalah keluarga. Jadi, kita memohon ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak bagi mengelak kejadian seperti ini terus berulang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, sembilan lelaki termasuk remaja berusia 13 tahun direman berhubung kes merogol seorang gadis bawah umur, Oktober lalu.

Enam remaja direman lima hari bermula semalam manakala tiga lagi suspek berusia 18 hingga 21 tahun direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 6.38 petang kelmarin.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia keluar dari rumahnya di Tumpat pada pukul 9 malam, 25 Oktober lalu.

“Kanak-kanak itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya. Mangsa disyaki melakukan hubungan seks bersama suspek dan rakan-rakan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI