fbpx

PRU15: SPR siap siaga jamin kelancaran pungundian 7 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDERA Ikmarudin (tengah) memantau proses pengundian awal di Ibu Pejabat polis Daerah Rompin di Rompin hari ini.

ROMPIN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga bagi menjamin kelancaran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada 7 Disember 2022 ini.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmarudin Ishak, berkata, persediaan dilakukan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menghadapi situasi banjir pada tarikh pengundian.

“Untuk makluman terdapat sebanyak 17 pusat mengundi dan 52 saluran bagi proses pengundian PRU15 di DUN Tioman yang membabitkan 28,200 pemilih berdaftar.

“Kita difahamkan pejabat RO (Pegawai Pengurus) kita memang sudah siap sedia dan macam biasa SPR membuat semakan peti undi seperti biasa serta persiapan logistik bagi memastikan pengundian berjalan lancar,”katanya selepas membuat tinjauan pengundian awal di pusat pengundian Ibu Pejabat polis Daerah Rompin, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman berjalan dengan baik dan lancar.

Justeru beliauberterima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan Jabatan Pendidikan yang membantu memberi kebenaran menjadikan sekolah sebagai pusat pengundian.

Sementara itu mengulas ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia akan berlaku hujan lebat dan banjir di beberapa lokasi di Rompin beliau berharap ia tidak menjejaskan proses pengundian pada 7 Disember ini.

Berdasarkan statik semasa menunjukkan sembilan pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan sekolah di daerah ini akan dijadikan pusat mengundi jika berlaku kejadian banjir.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN bagi kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada 19 November lalu dipercayai akibat serangan jantung.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara penyandang kerusi DUN Tioman, Datuk Seri Johari Hussain yang mewakili Barisan Nasional (BN); Calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim, Calon PH, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH), Calon Pejuang, Osman A. Bakar dan calon bebas, Sulaiman Bakar. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI