fbpx

Piala Dunia: Maghribi terus cetus sensasi di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REGRAGUI dijulang para pemain selepas Maghribi berjaya mencipta sensasi mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai juara kumpulan. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Maghribi, Walid Regragui yakin lebih banyak kejutan akan hadir selepas pasukannya mara ke pusi­ngan 16 terbaik buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dengan kemenangan 2-1 ke atas Kanada.

Pada perlawanan di Stadium Al Thumama tersebut, skuad The Atlas Lions garang selepas membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Hakim Ziyech selepas bijak mengambil peluang atas kesilapan penjaga gol Kanada, Milan Borjan.

Pasukan ranking ke 22 dunia itu terus menghukum Kanada apabila penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri menjaringkan gol kedua buat Maghribi pada minit ke-23 perlawanan.

Kemenangan tersebut menggembirakan ribuan penyokong Maghribi selepas negara dari Afrika Utara itu mengungguli Kumpulan F mengatasi naib juara Piala Dunia 2018, Croatia.

“Ia tidak mudah, tetapi apabila anda mempunyai peluang untuk mencipta sejarah, anda akan mengingatinya.

“Secara jujurnya, pada separuh masa pertama, saya rasa ia adalah salah satu persembahan terbaik yang kami tunjukkan. Kami turun dengan permainan kami sendiri.

“Ini adalah kali pertama berada di sini dalam tempoh 36 tahun dan kami berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik meskipun berdepan pasukan hebat seperti Croatia dan Belgium.

“Maghribi akhirnya melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik dan kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain seawal me­langkah masuk ke pentas Piala Dunia,” kata Regragui.

Pada saingan itu, Maghribi hanya memerlukan satu mata untuk memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun sejak edisi 1986 di Mexico.

Kekalahan Kanada memberi tamparan kepada ketua jurulatih kelahiran Durham, John Herdman apabila gagal mencipta sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan.

“Pemain berada di sini untuk bersaing. Kami tidak gentar dalam ketiga-tiga perlawanan dan ada sesuatu untuk diraikan dalam setiap perlawanan itu. Kami tidak pulang dengan rasa malu tetapi dengan rasa bangga,” kata Herdman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI