fbpx

Tengku Zafrul, Mohd. Na’im angkat sumpah senator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat senator yang selesai mengangkat sumpah pagi ini di Dewan Negara. - IHSAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Empat senator baharu selesai mengangkat sumpah di Dewan Negara kira-kira jam 9 pagi ini selepas dilantik menyertai barisan Kabinet, malam tadi.

Majlis angkat sumpah itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim di Bangunan Parlimen pada pukul 8.30 pagi.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), antara empat menteri lantikan senator yang tersenarai.

Selainnya ialah Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar) dan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama).

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI