fbpx

Kenderaan bawa Jemaah Menteri memasuki Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memasuki pintu 2 Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan membawa anggota Jemaah Menteri dilihat memasuki Istana Negara bagi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara terawal yang dilihat memasuki melalui Pintu 2 Istana Negara seawal pukul 2 petang ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Kemudian disusuli beberapa kenderaan membawa Jemaah Menteri terdiri daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa serta Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu dijadualkan bermula pada pukul 3 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai anggota kabinet baharu yang terdiri daripada Pakatan Harapan, (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta parti-parti lain.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan 25 lagi jemaah menteri termasuk empat orang senator yang mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim di Bangunan Parlimen pukul 8.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI