fbpx

Cuma romantis dalam drama, Zul Ariffin akui pemalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS 14 tahun dalam industri, buat pertama kali Zul Ariffin muncul dalam sebuah program realiti iaitu Pencuri Hati.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, aktor Zul Ariffin yang nampak romantis dalam drama atau filem tetap dihimpit rasa gemuruh apabila berhadapan dengan wanita yang baru dikenali.

Kata lelaki berusia 36 tahun itu, hakikatnya dia seorang individu pemalu yang jarang keluar rumah andai tiada urusan, selain tidak mempunyai ramai kenalan dalam kalangan kaum Hawa.

“Kalau dalam televsiyen, mungkin orang nampak saya cepat mesra dan pandai dekati wanita, namun sebenarnya bukan seperti disangkakan.

“Semua itu hanya dalam drama dan filem yang juga sebahagian daripada tugasan saya sebagai pelakon. Saya pula bukan jenis yang selalu keluar, mahupun berbual dengan wanita,” katanya.

Justeru ujar Zul, ketika dipelawa menyertai program realiti Pencuri Hati yang menampilkan 13 wanita daripada pelbagai latar belakang, dia melihat itu sebagai cabaran besar buat dirinya.

“Sudah tentu canggung kerana ini program realiti pertama saya sepanjang 14 tahun dalam industri seni, apatah lagi berkenalan dengan 13 orang wanita serentak,” katanya kepada Kosmo! Online.

DALAM Pencuri Hati, Zul Ariffin akan berkenalan dengan 13 peserta wanita yang bercita-cita tinggi.

Bintang Juang itu ditemui ketika pelancaran program realiti 10 episod tersebut yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusi platform penstriman Sooka bermula 9 Disember ini sehingga 10 Februari tahun depan.

Inti pati Pencuri Hati ditebak ramai seakan rancangan ‘dating’ barat seperti The Bachelor atau Love Island, sebaliknya jelas Zul, program tersebut jauh berbeza selain lebih menonjolkan sesi perkenalan.

Rancangan berkenaan juga memperlihatkan setiap peserta berusaha mempertaruhkan hati dan kebolehan untuk merebut peluang mengenali Zul sekali gus bertahan hingga ke akhir episod atau disingkirkan.

Maka, pelakon itu berharap agar orang ramai tidak meletakkan pandangan negatif tentang program tersebut sebelum menontonnya.

“Soal babak panas mahupun penampilan seksi peserta, itu di luar kawalan saya. Sebaliknya itu adalah bidang kuasa pihak produksi. Saya cuma fokus terhadap apa yang dipinta penerbitan.

“Tiada pun aksi ‘dukung’. Kalau tak disuruh, tak perlu pun saya buat. Lagipun saya lebih suka tengok sudut positif program ini yang menonjolkan 13 wanita bercita-cita tinggi.

“Mereka bekerja keras untuk mencapai impian dalam perniagaan mahupun kerjaya, itu antara kemanisan Pencuri Hati yang membuatkan saya senang berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Personaliti aktor bertubuh sasa itu yang menarik dan berahsia dalam soal hubungan merupakan antara faktor utama pemilihannya sebagai selebriti tumpuan menerusi Pencuri Hati musim pertama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI