fbpx

Ayam dijual RM12 sekilo di Kuala Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA ayam masih tidak seragam walaupun bekalan sudah banyak di pasaran. – GAMBAR HIASAN

SUNGAI PETANI – Perbezaan harga ayam segar atau proses yang diperoleh daripada pembekal menyebabkan harga jualan ayam di daerah ini tidak seragam dan masih mahal.

Dakwa peniaga, mereka tidak dapat menjualnya mengikut harga siling RM9.40 sekilogram (kg) walaupun tiada masalah untuk mendapatkan bekalan ayam.

Tinjauan mendapati tiada ke­seragaman harga apabila ayam proses dijual antara RM11.50 hingga RM12 sekilogram oleh peniaga di daerah Kuala Muda.

Peniaga ayam di Pasar Pagi Taman Ria Jaya, Muhammad Ehsan Khalid, 42, berkata, dia memperoleh ayam segar pada harga RM7.60 sekilogram dan ayam siap diproses pada harga RM9.80 sekilogram.

“Bekalan ayam banyak, tetapi harga ditetapkan pembekal tidak turun, sebaliknya masih pada harga lama iaitu RM7.60 sekilogram untuk ayam segar dan RM9.80 sekilogram untuk ayam proses.

“Harga dikekalkan pembekal dengan alasan makanan ayam masih mahal selain mengikut jumlah pesanan sama ada sedikit atau banyak jumlahnya,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dia terpaksa menjual ayam proses RM12 seki­logram bagi menampung kos selain mendapat sedikit keuntu­ngan bagi mengelak kerugian jika menjual pada harga siling.

Abu Kassim Ali, 43, peniaga di Taman Ria berkata, dia masih menjual ayam dengan harga RM11.50 (sekg) sejak enam bulan lalu berikutan harga diberikan pembekal sentiasa berubah.

“Walaupun margin keuntu­ngan kecil,saya terpaksa menyediakan ayam proses untuk kegunaan pelanggan tetap selama ini.

“Harga bekalan ayam proses diperoleh daripada pembekal kebiasaannya antara RM9.70 hingga RM9.90 sekilogram dan saya hanya memperoleh untung kasar RM1.70 sekilogram, itu belum lagi ditolak kos pekerja, pengangkutan dan beg plastik,” katanya.

Bagi Hamid Md. Zain,48, peniaga ayam di Jalan Bakar Sampah berkata, ramai pelanggan meru­ngut kerana harga ayam di daerah ini tidak seragam.

“Sebagai peniaga kami tidak boleh berbuat apa kerana perlu mengambil kira kos dan harga asal ditetapkan pembekal,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI