KUALA LUMPUR – Gelagat romantik Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berpimpin tangan ketika berjalan mencuri perhatian rakyat.
Momen tersebut dirakam ketika Yang Di-Pertuan Agong dan dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis istiadat angkat sumpah jawatan 28 menteri di Istana Negara hari ini.
Rata-rata orang ramai yang melihat gelagat itu menyifatkannya sebagai sangat mesra serta beranggapan Seri Padukan Baginda berdua begitu ‘comel’ dan romantik.
“Alahai ‘sweetnya’ baginda berdua, makin berusia, makin comel pula,” kata Hazirul.
“Pergi mana-mana, pasti ada sahaja gelagat lucu yang dipamerkan baginda berdua. Sungguh rakyat sayangkan Tuanku,” ujar Maisarah.
Istana Negara hari ini menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila seramai 28 menteri yang telah terpilih menerajui Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE