fbpx

Tanah runtuh berhampiran apartmen halang laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memantau lokasi tanah runtuh di belakang sebuah apartment di Pusat Bandar Puchong, malam ini.

PUCHONG – Tanah runtuh di belakang sebuah apartmen dipercayai ekoran hujan sejak petang tadi menghalang lalauan di Jalan Wawasan 4/12, Pusat Bandar Puchong di sini, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota bersama sebuah jentera Balai Bomba Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 8.49 malam.

“Setibanya di lokasi, laporan awal mendapati kejadian tanah runtuh seluas 30 x 50 kaki persegi di cerun ketinggian 15 meter terjadi berhampiran bahagian belakang sebuah apartmen.

“Akibat kejadian itu, laluan belakang apartmen tersebut telah terhalang dan jarak antara banggunan tersebut dan lokasi tanah runtuh adalah 20 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Norazam, keadaan masih dalam terkawal diikuti cuaca ketika itu hujan renyai.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kejadian tanah runtuh tersebut tidak melibatkan struktur bangunan apartmen.

“Anggota sedang membuat pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit kejadian itu setakat ini.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI