fbpx

Takaful IKHLAS, MBSB Bank jalin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rudy Rodzila (paling kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Kerjasama Takaful Ikhlas dan MBSB Bank di Petaling Jaya hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) iaitu anak syarikat MNRB Holdings Berhad melancarkan kerjasama bancatakaful untuk tempoh lima tahun bersama MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Kerjasama ini sekali gus memperkasa pembangunan kemajuan dan penyelesaian kewangan Islam yang menyeluruh di Malaysia.

Melalui perkongsian tersebut, MBSB Bank akan melanjutkan produk berkaitan kredit takaful keluarga Takaful IKHLAS seperti Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan, Takaful Kredit Bertempoh Berkumpulan selain produk-produk asas takaful lain seperti permotoran, pemilikan rumah, kebakaran dan kemalangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, pihaknya bersedia memberikan sokongan penuh terhadap kerjasama antara Takaful IKHLAS dan MBSB Bank.

“Kami komited untuk memberikan yang terbaik dalam kelas kami terhadap penyelesaian takaful kepada pelanggan MBSB Bank. Kami percaya kerjasama ini mampu untuk memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan bank untuk manfaat perlindungan kewangan menerusi apa yang ditawarkan.

“Justeru kami akan bekerjasama rapat dengan MBSB Bank untuk memperkasakan kemajuan dan penyelesaian kewangan Islam yang menyeluruh eksklusif kepada rakyat Malaysia,” katanya berucap pada pelancaran kerjasama strategik antara Takaful IKHLAS dan MBSB Bank di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama Takaful IKHLAS untuk tempoh lima tahun di mana bank tersebut akan menyediakan Takaful IKHLAS keluarga dan produk asas kepada pelanggan.

Ujarnya, kerjasama dijalinkan ini dijangka menjana kira-kira RM500 juta sumbangan takaful kepada Takaful IKHLAS meliputi keluarga dan produk asas yang ditawarkan.

“Malah, inisiaitif ini turut meningkatkan pendapatan berasaskan yuran bank. Kedua-dua pihak akan meneroka peluang lain seperti perkongsian pertalian dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI