fbpx

PATI kembara 3,218 kilometer, 11 hari duduk di kemudi kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga imigran dari Nigeria duduk di atas kemudi kapal Althini II dari Lagos ke Kepulauan Canary milik Sepanyol pada Isnin lalu. – AFP

LAS PALMAS – Tiga imigran yang mengembara dari Nigeria, Afrika ke Kepulauan Canary dengan bersembunyi di atas kemudi sebuah kapal dagang, Althini II telah diselamatkan oleh pasukan pengawal pantai Sepanyol selepas ia menamatkan pelayaran selama 11 hari, kata beberapa pegawai kelmarin.

Ketiga-tiga penumpang itu dilihat duduk di atas kemudi kapal tangki minyak dan kimia tersebut yang berada hanya beberapa meter di atas permukaan laut walaupun tidak jelas sama ada mereka menghabiskan keseluruhan pelayaran tanpa henti di Lautan Atlantik Utara.

Althini II yang mengibarkan bendera Malta,  tiba di Las Palmas, Kepulauan Canary pagi Isnin lalu selepas pelayaran panjangnya dari Lagos di Nigeria, melibatkan jarak pelayaran kira-kira 3,218 kilometer (km). Beberapa laman web pengesanan kapal melaporkan ia tidak berhenti di mana-mana pelabuhan.

Pendatang-pendatang tanpa izin (PATI) itu mengalami dehidrasi dan hipotermia apabila mereka dibawa masuk ke pelabuhan oleh pasukan pengawal pantai Sepanyol dan dirawat oleh perkhidmatan kesihatan.

Jurucakap kerajaan tempatan dari Kepulauan Canary memberitahu saluran berita Sepanyol,  EFE bahawa PATI  itu ditemui oleh doktor di limbungan dan dipindahkan ke hospital.

Setakat ini tidak jelas bagaimana PATI  berjaya bertahan dalam pelayaran tersebut memandangkan mereka belayar tanpa membawa bekalan dan hampir tidak ada ruang untuk tidur apatah lagi untuk duduk tegak di kemudi kapal. 

Kepulauan Canary menyaksikan kehadiran ramai PATI  sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI