fbpx

PRU15: BN sah beri laluan kepada PH di Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamil Khir mengumumkan BN memberi laluan kepada PH pada Ceramah Pengumuman Khas Pilihan Raya Padang Serai di Kulim, sebentar tadi. Foto/SHAHIR NOORDIN

KULIM – Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Ceramah Pengumuman Khas Pilihan Raya P017 Padang Serai di sini sebentar tadi.

Jamil Khir turut menyatakan komitmen untuk membantu kemenangan calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak di kerusi tersebut.

“Selaku Pengerusi BN Kedah, setelah ambil ketetapan dan juga mendengar arahan pimpinan atasan terutama Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Maka, kita suka untuk umumkan bahawa kita (BN) beri laluan kepada calon PH di Padang Serai dan calon kita (Datuk C. Sivaraj) akan bantu PH capai kemenangan,” katanya.

Beliau juga berharap gabungan antara BN dan PH itu akan mencapai kemenangan di Padang Serai untuk memartabatkan kerajaan perpaduan.

Kerjasama turut berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman apabila PH mengumumkan untuk menyokong calon BN, baru-baru ini.

PRU15 Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember ini susulan kematian calon PH, mendiang M. Karupaiya pada 16 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI