fbpx

Piala Dunia: Uruguay perlu lupa kegemilangan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
URUGUAY tidak boleh terbuai dengan status dan kejayaan lampau ketika mereka terdesak untuk menewaskan Ghana bagi meneruskan kemaraan. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Uruguay, Diego Alonso menyeru agar barisan pemain tidak mendabik dada dengan sejarah ‘lampau’ sebaliknya fokus untuk memburu kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana pada aksi Piala Dunia malam ini.

Sebagai rekod, Uruguay boleh dianggap sebagai pilihan utama untuk mengikuti jejak pendahulu kumpulan, Portugal mara ke pusingan 16 terbaik dengan syarat perlu menewaskan Ghana di Stadium Al Janoub nanti.

Perlawanan tersebut juga se­perti memberi ruang buat Ghana untuk membalas dendam selepas disingkirkan Uruguay pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Kata Alonso, apa yang akan berlaku pada perlawanan ter­akhir nanti adalah cerita berbeza dan sukar untuk pemain fokus memburu kemenangan sekiranya masih terbuai dengan rekod yang lepas.

“Saya anggap aksi bertemu Ghana nanti adalah perlawanan berbeza meskipun harus diakui ia adalah aksi hidup mati kedua-dua pasukan kerana kami mahu layak ke pusingan 16 terbaik. Saya pasti pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencatat kemenangan,” katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi La Celeste, Luis Suarez meng­akui barisan pemain vete­ran seperti dirinya, Edinson Cavani dan Diego Godin memiliki pe­ngalaman menewaskan Ghana nanti.

“Saya mahu rakan-rakan sepasukan memberikan sepenuh jiwa dan raga di atas padang kerana ini adalah aksi wajib menang dan seri tidak cukup buat kami untuk mara ke peringkat seterusnya. Kita pernah menewaskan mereka dan kita boleh lakukan lagi,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI