PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada di Pejabat Perdana Menteri di sini pada pukul 8.15 malam nanti.
Sebelum ini, pengumuman itu dijangka dibuat Anwar pada pukul 6 petang sejurus tiba dari Perak selepas menghadiri kenduri bersama rakyat di Tambun.
Terdahulu, Anwar hadir ke Istana Negara kira-kira pukul 8.22 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perjumpaan itu dipercayai bagi mempersembahkan senarai Kabinet untuk diperkenan.
Pertemuan antara Al Sultan Abdullah dan Perdana Menteri berlangsung selama hampir 40 minit sebelum Anwar meninggalkan Istana Negara untuk mengadakan pertemuan bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh. – KOSMO! ONLINE