fbpx

New York, Singapura paling tinggi kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan kota raya Singapura dirakam pada 10 Oktober lalu. -- AFP

LONDON – New York dan Singapura berkongsi kedudukan sebagai bandar raya paling mahal di dunia selepas inflasi melambung tinggi tahun ini, demikian menurut satu kaji selidik tahunan semalam.

Dua kota raya itu mengetepikan juara tahun lalu, Tel Aviv yang jatuh di tempat ketiga kali ini berdasarkan indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Kaji selidik itu mendedahkan ‘lonjakan kos sara hidup berlaku di bandar-bandar  terbesar dunia disebabkan perang  Ukraine dan gangguan rantaian bekalan global yang berterusan khususnya tenaga dan makanan.

New York berada di tempat teratas untuk kali pertama, manakala Damsyik dan Tripoli kekal bandar raya paling murah.

Harga barang dan perkhidmatan di 172 bandar raya utama yang termasuk dalam kaji selidik EIU,  melambung tinggi pada kadar 8.1 peratus antara Ogos hingga September tahun ini.

“Kaji selidik ini turut menunjukkan impak mata wang dolar yang kukuh dalam ranking bandar-bandar raya terbabit,” kata EIU.

Menurutnya, sejumlah 50,000 harga telah ditukar kepada mata wang dolar.

Nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat tahun ini selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah dengan ketara untuk cuba ‘menjinakkan’ inflasi yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad.

Selain New York, bandar raya Los Angeles dan San Francisco di AS berada dalam senarai 10 teratas.

Moscow dan St Petersburg mencatat kenaikan tertinggi senarai berkenaan dengan  masing-masing berpindah sebanyak 88 dan 70 kedudukan selepas harga melonjak disebabkan oleh sekatan Barat dan pasaran tenaga yang menyokong mata wang rouble.

“Perang di Ukraine, sekatan Barat ke atas Russia dan dasar sifar Covid China telah mengakibatkan masalah rantaian bekalan,  ditambah lagi dengan kenaikan kadar faedah dan jurang kadar tukaran asing. Semua ini menyumbang kepada krisis kos sara hidup di seluruh dunia,” kata ketua kajian itu, Upasana Dutt. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI