fbpx

Lima nama besar dalam UMNO jadi pilihan PM sertai Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar pengumuman kabinet di pejabatnya Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai lima nama besar dalam UMNO dilihat menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau.

Perdana Menteri pada satu sidang akhbar di Perdana Putra di sini hari ini berkata, posisi Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan diisi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik menjadi Menteri Pertahanan manakala posisi Menteri Pendidikan Tinggi akan dijawat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Jawatan Menteri Undang-undang dan Transformasi Industri akan diisi oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dilantik menjadi Menteri Luar Negeri,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan BN menyertai Kerajaan Perpaduan adalah kerana akur dengan titah Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata penyertaan itu perlu dilakukan kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan tiada parti gabungan yang mempunyai cukup bilangan kerusi bagi menubuhkan kerajaan secara bersendirian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI