JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan kes pergaduhan rumah tangga melibatkan seorang lelaki yang menerima layanan kasar daripada isterinya, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @xposureid.
Seorang lelaki berbadan sasa dilihat bercakap dengan isterinya yang berbaju merah.
Semasa bercakap, wanita itu menampar suaminya tetapi lelaki itu hanya berdiam diri. Dia kemudian meminta maaf kepada isterinya.
Ketika wanita itu terus memarahinya, lelaki itu menundukkan mukanya sebelum cuba mencapai kakinya untuk meminta maaf sekali lagi.
Akan tetapi, wanita itu terus menumbuk badan suaminya sehingga hampir terjatuh. Lelaki itu dilihat mengusap pipinya sambil menahan sakit.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Dia tarik nafas kerana menahan diri dari marah…terbaik… ini baru lelaki,” komen seorang netizen. – Agensi