fbpx

Konsert percuma, Wings meriahkan PJ Folklore 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan rock terkenal tanah air, Wings.

PETALING JAYA – Kumpulan rock terkenal tanah air, bakal membuat kemunculan istimewa dalam Konsert Wings Ceritera Rakyat di Dataran Petaling Jaya, Sabtu ini, pukul 9 malam.

Konsert tersebut diadakan secara percuma bersempena Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022) kali ketujuh yang berlangsung selama enam hari sejak 28 November lalu, anjuran Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohammad Azhan Md Amir berkata, penganjuran PJ Folklore 2022 bertujuan mempromosikan Petaling Jaya sebagai kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa.

“PJ Folklore 2022 adalah program yang dirangka oleh MBPJ untuk menghidupkan semula pusat bandar di Seksyen 52, selain usaha membangunkan Bandar Raya Petaling Jaya sebagai ‘city with soul’.

“Ia juga memfokuskan usaha mewujudkan ruang interaksi sosial dalam kalangan penghuni bandar,” katanya.

Tambahnya, PJ Folklore 2022 menyasarkan penyertaan seramai 30,000 pengunjung dengan kerjasama antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts dan Tourism Selangor.

“Selain itu, penganjuran PJ Folklores 2022 juga antara agenda menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan,” jelasnya.

PJ Folklore 2022 mengetengahkan konsep kepelbagaian, keunikan, keharmonian, kesenian rakyat, budaya komuniti tempatan dan antarabangsa, perkongsian ilmu dan ketamadunan negara serta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara lain.

Festival itu turut membabitkan penyertaan kebudayaan dan pameran dari beberapa negara yang membawakan pelbagai acara percuma seperti PJ Fight Night, Pocket Show, Asian Food Festival, wayang kulit, persembahan kebudayaan rakyat dan dikir barat oleh pelawak dan pengacara, Issey Fazlisham.

Antara negara yang turut serta termasuklah Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.

Penyertaan dalam negara pula menyaksikan wakil 10 negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI