fbpx

KKM tidak pernah peraku ubat atasi diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan dimuat naik KKM di Facebook mereka tadi berhubung ubat atasi diabetes.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

KKM menerusi hantaran di Facebook berkata, pihaknya ingin menafikan perakuan menerusi satu artikel kesihatan dikeluarkan sebuah portal baru-baru ini.

“Kenyataan itu dilihat tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan juga telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.

Sebelum ini, artikel diterbitkan portal itu mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesyorkan satu produk kesihatan dikenali Insinol yang mampu melawan diabetes.

Jelas artikel itu lagi, ubat berkenaan dikembangkan pada tahun 2022 oleh Institut Endokrinologi Malaysia dan ia mengandungi semua unsur vitamin, makro dan mikro yang paling diperlukan untuk pesakit diabetes.

Insinol juga didakwa mengandungi 28 ekstrak herba yang dikumpulkan dari berbagai pelusuk dunia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI