fbpx

[KEMASKINI] Kanak-kanak hilang diserang buaya belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba terbabit operasi SAR mencari kanak-kanak lelaki hilang selepas diserang buaya berhampiran pangkalan jeti PPM Lahad Datu diteruskan hari ini. -Foto: Ihsan Bomba

LAHAD DATU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki dibaham buaya berhampiran Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu semalam diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian disambung semula pada pukul 7 pagi tadi selepas operasi SAR ditangguhkan pada petang semalam.

“Operasi SAR hari kedua dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air menggunakan bot penyelamat di kawasan lokasi kejadian.

“Mangsa yang dipercayai dibaham buaya masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hilang selepas diserang buaya dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi semalam.

Sementara itu, bapa mangsa turut parah dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat digigit buaya ketika cuba menyelamatkan anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI