fbpx

Kejadian ‘blackout’ tidak ganggu proses kira undi – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kejadian ‘blackout’ atau gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini tidak memberi kesan secara langsung termasuk manipulasi undi seperti yang didakwa segelintir pihak.

Perkara itu dijelaskan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook SPR hari ini.

Terdahulu, pada 19 November, sebuah pusat pengundian di Parlimen Gombak dilaporkan terputus bekalan elektrik selama dua minit.

Menurut SPR, spekulasi tersebut timbul disebabkan ramai yang tidak faham mengenai proses pengiraan undi.

“Ada sebab kenapa kertas undi ada nombor siri, ia untuk kita ‘trace’ (jejak) sekiranya ada pihak yang tambah kertas undi atau sebagainya.

“Sebagai contoh, untuk saluran satu, penggiliran dia adalah satu sehingga 300, dan saluran dua pula 300 hingga 600.

“Apabila tiba kepada proses pengiraan, petugas kena kira satu persatu dan pastikan semua kertas undi itu adalah milik saluran yang betul,” katanya.

Jelasnya, jika terlebih, petugas SPR akan rujuk semula nombor siri terbabit untuk dikembalikan kepada saluran yang tepat.

“Kita kena faham bahawa terdapat banyak prosedur dalam proses pengiraan undi sebelum ia dimulakan.

“Semua proses ini juga dilakukan di hadapan ejen mengira undi yang merupakan wakil-wakil yang dihantar oleh semua calon yang bertanding. Itulah yang sebenarnya kita kena faham dulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI