fbpx

Ibu reda anak tiada harapan sembuh kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Shahirah melihat keadaan Umairah yang terlantar serta tidak boleh bergerak dan bercakap akibat kanser otak ketika ditemui di Kampung Banggil Senu, Tobiar, Pendang semalam.

PENDANG – Seorang ibu pasrah apabila anak sulungnya yang dahulunya aktif kini hanya terlantar dan pasif selepas disahkan menghidap penyakit kanser otak sejak dua tahun lalu.

Noor Shahirah Mohd. Fuzi, 26, berkata, dia terlalu ingin melihat anak perempuannya, Umairah Abdul Rahman, 8, kembali aktif tetapi apakan daya kanak-kanak itu kemungkinan besar tidak dapat disembuhkan lagi.

Katanya, anaknya kini mene­rima rawatan paliatif dengan harapan berlaku keajaiban agar remaja itu kembali pulih.

“Kadang-kadang saya rindu untuk melihat Umairah yang dahulu. Rindu hendak berbual de­ngan dia tetapi sekarang dia terlantar dan tidak boleh bergerak atau bercakap.

“Doktor kata dia tak mungkin sembuh dan kini hanya menjalani rawatan paliatif sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Senu, Tobiar dekat sini semalam.

Menurut Noor Shahirah, sebelum ini, anaknya seorang yang periang sebelum disahkan menghidap kanser otak ketika berusia enam tahun.

Mengimbau semula kejadian itu, Noor Shahirah berkata, pada mulanya Umairah muntah-muntah ketika berada di tadika sebelum dibawa ke klinik dan doktor memberi ubat sakit perut tetapi muntah itu berterusan.

“Saya bawa ke klinik dan doktor bagi ubat ingatkan sakit perut saja tetapi muntah itu berterusan. Pakar kemudian mengesahkan dia kena kanser otak,” katanya.

Ujar Noor Shahirah, kami reda walaupun terlalu sedih dan setakat ini Umairah sudah menjalani dua pembedahan membuang ketumbuhan pada Januari dan Mac tahu lepas selain rawatan radiografi dan kemoterapi.

“Namun pada Ogos yang lepas, semua rawatan tersebut terpaksa dihentikan memandangkan tiada lagi tindak balas daripada Nur Umairah,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Mohd. Shahmi, 4.

Ujar Noor Shahirah, keadaan Umairah bertambah teruk selepas Hari Raya Aidiladha apabila dia langsung tidak boleh bergerak atau bercakap lagi.

Tambahnya, dia menerima bantuan RM700 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang.

“Umairah hanya minum susu sahaja sekarang. Dua kotak susu boleh tahan sebulan. Suami, Mohd. Nasri Ramli, 44, hanya kerja kampung dan upah dia pun tak menentu.

Mereka yang ingin membantu Nur Umairah boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun milik Noor Shahirah, 0299541100317253 BSN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI