fbpx

GM Klang lancar aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pusat borong GM Klang mengorak langkah  menjelang tahun 2023, dengan mewujudkan aplikasi ‘Komuniti Bisnes GM Klang’ untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan pusat borong  tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Jenama GM Klang,  aplikasi tersebut dibangunkan dengan  tujuan untuk memudahkan orang ramai terutama golongan peniaga yang tahu bahawa mereka boleh membina kerjasama perniagaan dengan GM Klang tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya atau bagaimana untuk memulakan.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, orang ramai memerlukan pendapatan tambahan untuk menyokong komitmen mereka dan kami juga menggalakkan mereka yang sedang mencari kerja sambilan untuk mula berniaga dengan GM Klang.

“Pihak GM Klang dengan ini ingin menguar-uarkan kewujudan aplikasi tersebut. Terutama untuk memberi kesedaran tentang aplikasi baharu kami dan menarik khalayak sasaran kami untuk memuat turun aplikasi tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Unit Komunikasi Jenama GM Klang berkata, orang ramai mungkin menganggap aplikasi baharu tersebut ialah aplikasi pembelian dalam talian sedangkan ia membantu orang ramai membina kerjaya sebagai usahawan.

Oleh itu jelasnya lagi, pada peringkat pertama pelancaran aplikasi pihaknya menyediakan langkah mudah untuk pengguna yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka dengan GM Klang.

“Sasaran kami usahawan atau orang ramai yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan bisnes dengan GM Klang.

“Selain itu kami juga menyasarkan golongan peniaga yang tahu tentang GM Klang tetapi tidak tahu bahawa mereka boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dengan GM Klang,”katanya.

Jelasnya, peniaga yang memerlukan pembekal produk dan meneroka produk baharu untuk perniagaan juga boleh menggunakan aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang tersebut.

“Dengan pendaftaran yang mudah dan klik, pengguna boleh menjadualkan lawatan padanan perniagaan mereka yang mana pihak GM Klang akan mengatur pemborong yang sesuai dengan pilihan produk pengguna.

“Pengguna juga boleh menempah kemudahan studio kami secara percuma untuk sebarang gambar, video dan rakaman langsung,”jelasnya.

GM Klang memberitahu, pengguna aplikasi tersebut boleh merujuk ruang pengumuman pada aplikasi yang mana

mereka akan sentiasa mendapat kemas kini terkini daripada GM Klang seperti kedai baharu, acara baharu, kempen baharu dan banyak lagi.

Mengulas lanjut pihak GM Klang memaklumkan, bersama-sama dengan pelancaran aplikasi tersebut 25 Oktober lalu, pihaknya turut mengadakan kempen “Muat Turun & Dapatkan Baucar F&B RM5” yang akan diberikan kepada 1000 pengguna pertama.

“Pengguna aplikasi berkenaan akan mendapat menebus baucar F&B RM5 dengan memasukkan kod promosi “GMKAPPLAUNCH” melalui aplikasi itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI