fbpx

Enam wakil Malaysia buat Shevon semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEVON mengakui kehadiran ramai pemain negara pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir membakar semangatnya untuk memberikan aksi terbaik.

HANYA berbaki kurang se­minggu sahaja lagi menjelang Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 7 hingga 11 Disember ini dengan pemain-pemain Malaysia sudah pun berada pada fasa akhir persiapan.

Pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai menyuarakan rasa teruja dan bersemangat memandangkan enam wakil negara akan menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.76 juta) itu.

Justeru, dia yang bergan­dingan dengan Goh Soon Huat percaya mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan cabaran selepas layak ke kejohanan itu sebagai gandingan keempat terbaik dalam ranking Jelajah Dunia musim ini.

“Secara jujur, kali ini saya rasa sangat bangga dan teruja kerana kita ada ramai wakil dari Malaysia yang akan menggalas misi pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir, jadi ia sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat kepada kami.

“Justeru, saya harap kami boleh bermain seperti biasa dan kekalkan aksi konsisten sama seperti yang ditampilkan dalam kejohanan-kejohanan sepanjang tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Shevon turut memberitahu, persiapan yang dilakukan berjalan dengan baik selain percaya mereka sudah bersedia sepenuhnya bagi berdepan cabaran gandingan-gandingan terbaik dunia di kejohanan itu nanti.

Soon Huat-Shevon pastinya mahu mengulangi pencapaian pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2020 apabila berjaya me­langkah ke pusingan separuh akhir sebelum tewas kepada wakil Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.

Selain beregu No.11 dunia itu, Malaysia turut diwakili satu lagi gandingan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran selepas menghuni kedudukan kelima ranking Jelajah Dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI