fbpx

Dua penunggang motosikal maut bertembung satu sama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang membabitkan dua penunggang motosikal maut.

SEREMBAN – Dua penunggang motosikal maut apabila motosikal ditunggang mereka berlanggar antara satu sama lain dalam kemalangan di Jalan Rantau berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu dua mangsa lelaki berusia 23 dan 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 23 tahun sedang bergerak dari arah Kuala Sawah menuju ke arah Seremban seorang diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang ditunggang oleh mangsa telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah mosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki manakala seorang lagi mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI