fbpx

Bekas pemandu e-hailing ditahan miliki syabu RM6.14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala (dua kiri) menunjukkan syabu yang dirampas polis. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pendapatan lumayan mencecah RM8,000 sebulan yang diraih bekas pemandu e-hailing dengan mengedar dadah berakhir apabila diberkas di sebuah rumah di Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 49 tahun ditahan pukul 3 petang bersama syabu bernilai RM6.14 juta yang disimpan dalam rumah dua tingkat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati suspek direkrut sindiket sejak dua bulan lalu dan melakukan pengedaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, rumah itu disewa sindiket pada kadar RM2,300 sebulan yang dijadikan sebagai stor penyimpanan bahan terlarang tersebut.

“Kesemua syabu itu diletakkan dalam 116 bungkusan plastik termasuk bertulis peket teh cina.

“Berat dadah itu adalah 170.58kilogram yang bernilai RM6.14juta dan diperolehi daripada pasaran luar negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Kata beliau, polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda City dianggarkan bernilai RM18,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Sasikala menambah, sekilogram syabu tersebut dijual pada harga RM35,000 mengikut pasaran gelap.

“Kita masih menyiasat sejak bila dadah tersebut berada di rumah berkenaan dan rangkaian sindiket tersebut.

“Setakat ini, sindiket didapati merekrut ahli mereka dengan menawarkan pendapatan antara RM7,000 hingga RM8,000,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI