fbpx

Anak lapor ibu kepada polis kerana dilarang bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu melarang anaknya kerana bercinta sehingga melampaui batas. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Palembang, Sumatera Selatan dilaporkan kepada polis oleh anak perempuannya sendiri kerana marah akibat ditegur bercinta sehingga melampaui had, lapor laman berita Suara.com.

Wanita itu memuat naik sebuah hantaran di media sosial memaparkan mesej perbualan dengan anaknya yang baru berusia 12 tahun. 

Oleh kerana tidak berpuas hati, budak perempuan itu membuat laporan polis atas dakwaan keganasan terhadap kanak-kanak bawah umur. Laporan itu dibuat bersama bapa saudaranya.

“Sanggup melaporkan ibu sendiri atas dakwaan kekerasan. Ibu yang hantar ke sekolah, besarkan, supaya berdikari,” kata wanita itu.

Kes itu kemudian diselesaikan oleh polis dan berakhir dengan baik. Budak perempuan itu menarik balik dakwaan setelah mendapat nasihat daripada unit jenayah Balai Polis Palembang.

Ketua Balai Polis Palembang, Kombes Mokhamad Ngajib bersama Ketua Unit Siasatan Jenayah, Komisioner Haris Dinzah mengulas mengenai kes itu semalam. 

Kes yang tular di media sosial Indonesia itu bermula dengan laporan Mardiansyah selaku bapa saudara S, 12, yang laporkan ibu budak perempuan itu melakukan keganasan terhadapnya.

S meninggalkan rumah ibu kandungnya dan mendakwa menerima layanan kasar.

“Bagaimanapun, sudah didamaikan, anak itu dan bapa saudaranya juga memahami masalah dan saling memaafkan,” katanya kepada kru media. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI