fbpx

Amaran hujan lebat di Kelantan, Selangor hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) dan (waspada) di beberapa negeri Semenajung sehingga 3 Disember ini.

MetMalaysia berkata, amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Situasi yang sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan buat kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan),” katanya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri Semenanjung sehingga pukul 4 petang ini.

Katanya, cuaca buruk itu diramalkan di Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim) dan Pahang (Bentong, Maran, Bera dan Rompin.

“Di Selangor, kawasan yang diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Cuaca buruk petang ini turut diramalkan di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka (Alor Gajah) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi),” katanya.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

Bagi amaran hujan berterusan (waspada), ia dikeluarkan jika hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari; atau hujan berterusan/ribut petir sedang berlaku tetapi belum mencapai Peringkat Amaran Buruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI