fbpx

9 lelaki termasuk remaja direman rogol gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan suspek tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman bagi membantu siasatan kes rogol gadis bawah umur. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Sembilan lelaki termasuk remaja berusia 13 tahun direman berhubung kes merogol seorang gadis bawah umur, Oktober lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Enam remaja direman lima hari bermula hari ini manakala tiga lagi suspek berusia 18 hingga 21 tahun direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 6.38 petang semalam.

Berdasarkan keterangan mangsa, dia keluar dari rumahnya di Tumpat pada pukul 9 malam, 25 Oktober lalu.

“Kanak-kanak itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya. Mangsa disyaki melakukan hubungan seks bersama suspek dan rakan-rakan lelaki itu.

“Ibu mangsa kemudian membuat laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu pada 16 November lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas sebarang pengambilan dadah selain tiada rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI