fbpx

The Crown ‘gali’ kebobrokan sejarah Empayar British

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Ratu Elizabeth II dijayakan oleh Imelda Staunton dalam siri The Crown musim kelima.

MUSIM pertama hingga keempat siri popular Netflix, The Crown benar-benar membuatkan audiens terkesima dan deras adrenalin menggali lebih mendalam sejarah Empayar British.

Dalam pada musim kelima baru sahaja diluncur dan ramai tidak sabar menonton dengan barisan pelakon baharu seperti Imelda Staunton sebagai Ratu Elizabeth II, Jonathan Pryce (Putera Philip), Dominic West (Putera Charles) dan Elizabeth Debicki (Puteri Diana), entah mengapa, secara peribadi selepas menonton tiga episod pertama, penulis tidak lagi meneruskan tontonan.

Barangkali kerana komitmen kerja terlalu sibuk atau The Crown musim terbaharu sudah tersasar jauh daripada ‘niat’ atau naratif asal yang sebelum ini cukup memberi dampak mempesona dari pelbagai aspek.

Selepas beberapa bulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, Netflix menegaskan bahawa The Crown bersifat fiksyen, namun ditulis berdasarkan kisah benar.

Sedangkan dalam empat musim terdahulu, audiens sudah dipaparkan betapa siri berkenaan memberi tamparan hebat terhadap empayar atau kerajaan British.

Elizabeth Debicki, anda hebat!

Pertama sekali, barisan pelakon untuk musim kali ini paling membuatkan penonton ternanti-nanti. Imelda, Jonathan, Dominic dan Elizabeth sebagai tonggak utama, itu adalah ‘dream team’ yang sangat didamba ramai termasuk penulis.

Pujian kepada mereka yang terlibat dari segi ‘casting’ terutama Elizabeth Debicki sebagai Diana. Pelakon itu menepati ciri cemerlang karakter tersebut dengan gaya fesyen, bahkan ketika bernafas juga saling tak tumpah seperti ikon disayangi ramai itu.

DOMINIC West (kiri) dan Elizabeth Debicki mengambil ‘baton’ melakonkan karakter Putera Charles dan Puteri Diana dalam The Crown musim kali ini.

Lirikan matanya sungguh membuatkan kita berasa seperti mendiang Diana masih wujud di muka bumi ini.

Dalam episod ketiga, keserasian antara karakter dimainkannya dengan Mohamed Al-Fayed (Salim Daw) sangat-sangat ‘hidup’. Adegan penghujung episod membuatkan diri jatuh hati dengan naratif hidup mendiang Diana yang sememangnya sangat dikagumi ramai.

Episod tersebut juga memberi gambaran pertama kali Diana bertemu dengan cinta hatinya, Dodi Al-Fayed selepas rumah tangga bersama Charles tidak dapat diselamatkan.

Imelda sebagai Ratu Elizabeth II? Memandangkan masih berbaki tujuh episod untuk dihabiskan penulis, tidak banyak boleh dinyatakan, namun setakat ini, pelakon itu menjalankan peranan dengan baik.

Pun begitu, Claire Foy kekal pelakon terbaik melakonkan karakter itu pada dua musim pertama.

Fiksyen versus kebenaran

Dari segi penceritaan, setakat tontonan sekarang, semuanya mengalir dengan sempurna, namun seperti apa yang disebutkan dalam perenggan terdahulu, masih jauh perjalanan.

Jangkaan atau harapan penonton sangat tinggi memandangkan empat musim terdahulu dicernakan dengan sangat gemilang dari pelbagai elemen dan aspek.

Musim kali ini, bermulalah kebobrokan dan runtuhnya sebuah institusi beraja paling berpengaruh di dunia disebabkan ketidakcaknaan ‘orang atas’. Charles masih berpergian kepada perempuan simpanannya, Camilla lalu membuatkan hati Diana terus tawar dan mencari cinta baharu.

PELAKON veteran, Imelda Staunton sebagai Ratu Elizabeth II selepas empat musim terdahulu watak itu dijayakan oleh Claire Foy (musim satu dan dua) dan Olivia Colman (musim tiga dan empat).

Dari segi teknikal seperti sinematografi dan skor bunyi pula, The Crown masih berstatus siri yang paling memartabatkan perihal tersebut dan kekal unggul.

Faham bahawa dunia barangkali masih meratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II, namun sebagai pencinta kisah Empayar British, apa yang ingin ditulis dan diberitakan, jujur sahaja kerana itulah yang terlihat dalam empat musim terdahulu.

Empayar British kekal kerajaan paling berkuasa di dunia. Maka, seisi dunia juga tahu apa yang betul dan barangkali sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI