fbpx

Selangor berjaya kurangkan NRW di bawah 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Selangor berjaya mengurangkan jumlah air proses yang hilang (NRW) di bawah 30 peratus pada tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor merupakan satu-satunya negeri yang berjaya melakukan perkara tersebut setelah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan pusat pada tahun lalu.

“Kita adalah satu-satunya negeri yang mendapat geran lebih kurang RM100 juta kerana berjaya mengurangkan NRW di bawah 30 peratus.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik memandangkan kita hanya dibenarkan membuat penggantian paip baharu 150 kilometer (km) pada setiap tahun,” katanya ketika menggulungkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2023 di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan bahawa beliau ada bertemu wakil daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kerajaan Selangor dengan memberitahu mereka bahawa kerajaan negeri menyasarkan untuk mengurangkan lagi NRW di bawah 20 peratus pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa keluarga yang pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan boleh memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi mendapatkan penggunaan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan.

“Ketika ini, sebanyak 300,000 pemilik akaun Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang menikmati faedah daripada SADE.

“Dengan syarat baharu yang ditetapkan, kita sasarkan sebanyak 600,000 pemilik akaun Air Selangor akan menikmati faedah daripada skim ini,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI