fbpx

Rakyat Iran berpesta skuad bola sepak kalah kepada Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD bola sepak Piala Dunia Iran tewas 0-1 kepada AS pada perlawanan peringkat kumpulan B di Qatar semalam. - Anadolu Agensy/Getty Images

TEHERAN –  Selepas skuad bola sepak Piala Dunia Iran tewas kepada Amerika Syarikat (AS) 0-1 di Qatar baru-baru ini, ramai penduduk di negara Asia Barat itu meraikannya dengan perasaan gembira, lapor portal berita NBC hari ini.

Ia merupakan sesuatu yang ganjil kerana pada kebiasaannya, apabila pasukan sesebuah negara  tewas dalam perlawanan antarabangsa seperti bola sepak Piala Dunia, para penyokongnya pastinya berdukacita.

 Bagaimanapun, selepas kekalahan Iran kepada AS semalam,  ramai rakyat Iran bersorak kerana pemain-pemain itu dianggap mewakili rejim yang menindas dan bukannya pihak ditindas.

Semalam,  kereta-kereta warga Iran membunyikan hon dan membanjiri jalan-jalan raya di ibu  negara tersebut, Teheran dan bandar-bandar lain, demikian menurut satu rakaman video yang disiarkan di media sosial.

Sementara itu, terdapat beribu-ribu ciapan di Twitter daripada warga Iran terkemuka, menyatakan tentang betapa gembiranya apabila pasukan mereka tewas kepada AS pada pusingan akhir kejohanan bola sepak tersebut.

   “Selama 43 tahun rejim (Iran) itu mencuci otak penduduk Iran untuk membenci Amerika,” kata Masih Alinejad iaitu seorang wartawan dan aktivis negara tersebut yang berpangkalan di New York menerusi komen di laman Twitter. 

“Namun, lihat bagaimana orang di seluruh Iran meraikan kemenangan pasukan bola sepak AS menentang Republik Islam,” menurut tulisannya di rangkaian sosial itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI