Melangkah masuk ke Kampung Agong di Penaga, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang ternyata menggamit memori silam apabila disajikan keindahan suasana desa yang masih terpelihara daripada hiruk-pikuk kota. Hamparan sawah padi yang menghijau dihiasi lambaian pepohon nyiur mendamaikan menjadikan kampung tersebut destinasi pelancongan popular di negeri Pulau Pinang kala ini. Ratusan pokok kelapa menghiasi kawasan seluas 6.07 hektar itu yang turut dilengkapi pelbagai fasiliti khusus buat pengunjung dalam dan luar negara yang mahu bersembunyi seketika daripada kesibukan kota. Boleh dikatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya