fbpx

Najib masuk HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan kerana mengalami ulser dalam perut.

Menurut sumber, prosedur rawatan itu dilakukan di Hospital Kuala Lumpur sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah Akta Penjara 2000.

Kata sumber itu lagi, rawatan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu adalah mengikut saranan untuk pemantauan pakar.

“Beliau ditahan di hospital, beliau masih berada di bawah kawalan pihak penjara.

“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Jabatan Penjara bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya sehingga bila Najib ditahan di wad, katanya ia bergantung kepada syor yang dibuat oleh pegawai perubatan.

Terdahulu September lalu, anak Najib, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan bapanya menerima rawatan di HKL selepas mengalami sakit perut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI