fbpx

Makan nasi lauk bawang cicah garam, duit ada RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang warga asing yang sedang makan nasi putih berlaukkan bawang merah dicicah garam

PETALING JAYA – Berlaukkan bawang merah dan cili yang dicicah garam, seorang warga asing telah berjaya memiliki simpanan sebanyak RM800,000 serta memiliki rumah dan tanah di negara asalnya.

Menerusi hantaran yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @awe, memaparkan seorang pekerja warga asing sedang makan nasi putih yang diletakkan air dan berlaukkan cili hijau serta bawang merah yang dicicah dengan garam.

“Saya sudah memiliki rumah dan tanah. Manakala duit simpanan setakat ini sudah mencecah RM800,000,” kata warga asing yang menjawab persoalan pemilik hantaran video tersebut.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen di media sosial berkenaan.

“Berapalah agaknya gaji dia sehingga mampu mengumpul sejumlah wang yang besar. Mohon pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat siasatan,” ujar seorang pengguna TikTok berseloroh.

“Mulai esok, saya tidak mahu diajak oleh rakan-rakan untuk makan luar. Saya juga ingin makan seperti ini dan mulai menyimpan duit,” kata seorang pengguna lain.

“Tidak mengapalah walaupun tidak ada simpanan yang banyak kerana saya orang biasa-biasa sahaja dan makan pun sekadar ala kadar. Jika mempunyai duit, makan saja apa yang diinginkan kerana dunia hanya sementara,” komen netizen lain pula.

Hantaran tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1,900,000 jumlah tontonan dan 84, 300 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI