fbpx

‘Kapal melawat laut Galilee ada bendera satu dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satirah Hasan berkongsi pengalamannya di Facebook menaiki kapal tarikan pelancong yang menaikkan bendera Malaysia dan Israel ketika lawatannya ke Tel Aviv pada tahun 2018.

PETALING JAYA – Tanggapan buruk orang ramai terhadap sebuah klip tular sekumpulan penumpang bot besar menyanyi lagu Negaraku sambil menaikkan bendera Israel dan Malaysia menyimpang dari peristiwa sebenar.

Menjelaskan perkara tersebut, Satirah Hasan menyatakan, bendera yang dipasangkan adalah mengikut negara kumpulan pelancong yang menaiki kapal tarikan pelancong itu.

“Kalau pelancong dari Turkiye, maka bendera Turkiye mereka akan pasang, kalau Indonesia,makan akan dinaikkan bendera Indonesia. Tiada kaitan dengan Malaysia dapat bantuan israel,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Satirah yang juga pernah menaiki kapal itu pada tahun 2018 berkata, dia berpeluang menaikinya semasa lawatan ke Baitul Maqdis yang ada menawarkan lawatan ke Tel Aviv dengan bayaran tambahan.

“Oleh itu, saya ambil peluang melawat Sea Of Galilee yang dinyatakan dalam hadis (sahih) baginda Rasulullah SAW berkaitan akhir zaman, namanya dalam bahasa Arab adalah ‘Tasik At-Tabariyyah’.

“Mereka(pengusaha kapal) akan pasangkan (bendera) mengikut kumpulan pelancong yang akan menaiki kapal mereka, tanpa mengira asal usul dari negara mana sekalipun,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Satirah, pengusaha kapal tersebut terdiri dari rakyat Israel mempunyai semua bendera negara dari seluruh dunia di dalam kapalnya.

Katanya, tenaga pekerja di atas kapal tersebut ada juga dalam kalangan rakyat Palestin yang mencari rezeki melalui pekerjaan sebagai krew kapal itu.

“Tidak ada perkara yang pelik berkenaan klip video tersebut namun merasakan perkara itu mula tular kerana dimanipulasikan oleh kumpulan tertentu.

“Harap kita semua waspada kerana fitnah jahat dan mengadu domba akan membawa mudarat yang berat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI