fbpx

Kanak-kanak Rohingya lemas terjatuh pelantar ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mangsa lemas di pelantar ikan di Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini.- Foto JBPM PERAK

BAGAN DATUK – Kanak-kanak lelaki berbangsa Rohingya yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di pelantar ikan dekat Hutan Melintang di sini semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat Hanan Mohd. Junid berusia sembilan tahun dijumpai dalam keadaan terapung oleh nelayan pada pukul 11.16 pagi.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anak pekerja pelantar warga Myanmar itu terjatuh ketika bermain seorang diri di tepi pelantar berkenaan, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab. Aziz berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan selepas maklumat diterima pada pukul 7.08 pagi.

Katanya, sebanyak dua unit bot bomba digunakan dalam operasi itu di mana fokus kawasan pencarian di permukaan dan tebing sungai.

“Kanak-kanak itu dijumpai terapung oleh nelayan pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa disyaki terjatuh.

“Anggota segera membantu membawa naik mangsa ke jeti namun dia disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 18 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terlibat dalam operasi yang turut disertai pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI