fbpx

Hyun Bin sibuk kerja, isteri lahirkan anak sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUN Bin dilaporkan sudah pulang ke Korea Selatan untuk berada di sisi isteri tercinta, Son Ye-jin yang melahirkan bayi sulung mereka pada Ahad lalu.

PADA 27 November lalu, pasangan Crash Landing Of You mengumumkan perkhabaran gembira apabila menimang zuriat sulung mereka.

Namun, media melaporkan Hyun Bin tidak berada di sisi isterinya, Son Ye-jin ketika wanita itu melahirkan bayi mereka.

Hal ini kerana Hyun Bin sibuk menjalani penggambaran filem Harbin di Mongolia pada waktu tersebut.

Bagaimanapun, sehari selepas itu iaitu pada Isnin lalu, pemilik nama sebenar Kim Tae-pyung itu dilaporkan sudah pun pulang ke Korea Selatan.

Dia kini sudah pun bertemu dengan putera sulungnya dan setia menemani isteri tercinta.

Ye-jin sepatutnya melahirkan bayi mereka pada bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI