fbpx

Firma antarabangsa keluarkan peta tempat paling selamat dan berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afghanistan merupakan antara negara yang berada dalam kategori tidak selamat untuk dilawati pada tahun depan. - Foto AF

LONDON – Sebuah syarikat  berpangkalan di London, International SOS mengeluarkan peta bagi menunjukkan beberapa tempat paling berbahaya di dunia untuk dilawati pada tahun depan, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Dalam peta tersebut, ia turut menyenaraikan Ukraine sebagai lokasi yang berbahaya untuk dilawati oleh pelancong selepas tentera Rusia menceroboh dan menyerang negara tersebut sejak 24 Februari lalu sehingga kini.

Syarikat pengurusan risiko perjalanan itu mengeluarkan Peta Risiko Perjalanan tahunannya bagi membantu orang ramai dan firma perniagaan mengetahui tempat-tempat yang selamat untuk dikunjungi pada tahun 2023.

Menggunakan pendekatan yang didorong oleh maklumat, pakar-pakar meletakkan Afghanistan, Syria, Mali, Iraq dan Ukraine sebagai negara berpotensi paling berbahaya untuk dikunjungi oleh orang ramai dan firma perniagaan tahun depan.

Sebelum perang Rusia-Ukraine bermula, firma itu menganggap Ukraine sebagai negara berisiko sederhana dari segi keselamatan tetapi statusnya kini telah bertukar menjadi ‘melampau’ untuk dikunjungi oleh golongan tersebut.

United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis serta kebanyakan negara Eropah lain kekal berisiko rendah, kata firma International SOS itu.

Negara-negara yang didakwa oleh firma tersebut sebagai ‘pertaruhan selamat’ yang terbaik untuk melakukan perjalanan pada tahun 2023 ialah Norway, Finland, Switzerland, Denmark dan Iceland. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI