fbpx

Banjir kilat: Lapan premis termasuk sekolah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat menjejaskan lapan premis di empat perkampungan di Kuala Pilah malam tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

KUALA PILAH – Seramai 21 mangsa dari lapan premis termasuk sebuah sekolah di empat perkampungan di daerah ini terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, bagi rumah yang berada berdekatan sungai dan kawasan rendah air naik dengan cepat, namun keadaan tidak kritikal.

Menurutnya, banjir kilat bermula pukul 8 malam dan surut sepenuhnya pada pukul 11 malam.

“Di Kampung Keru ia membabitkan tiga premis termasuk sebuah bengkel kereta dan sebuah kedai runcit.Dua buah rumah lagi di Kampung Manjau dan sebuah rumah di Kampung Tapak.

“Selain itu, sebuah rumah di Kampung Padang Lebar yang diberi respons oleh pasukan bomba membabitkan dua lelaki dengan salah seorang daripada mereka lumpuh manakala seorang lagi wanita warga emas,” katanya hari ini.

Mohamad Ghazali berkata, video tular berhubung banjir kilat di sebuah sekolah di daerah ini berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapak.

Bagaimanapun Jabatan Kerja Raya telah membuat pantauan kerana air melimpah ke jalan serta berlakunya tanah runtuh di Jalan Juasseh Tengah-Terentang menuju ke SK Tapak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI