fbpx

Banjir kilat di SKVE, jalan sesak dari kedua-dua arah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat berhampiran Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di laluan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menyebabkan sesak dari kedua-dua arah, petang tadi.

PETALING JAYA – Banjir kilat berhampiran Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di laluan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) mengakibatkan kesesakan lalu lintas dari kedua-dua arah susulan hujan lebat, petang tadi.

Menurut ciapan Astro Radio Traffic di Twitternya, rakaman video kejadian banjir itu dikongsikan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, perkara itu dikongsikan sewaktu pemandu dari Maeps bergerak ke arah Kajang sekitar pukul 6.30 petang.

“Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu jam di SKVE berhampiran Uniten.

“Orang awam dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan diri tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI