fbpx

Anwar terima kunjungan hormat Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tujuh dari kanan) menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan tertinggi PDRM di Perdana Putra hari ini. - Foto IHSAN PDRM

PUTRAJAYA – Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat beliau di Perdana Putra di sini, hari ini.

PDRM menerusi perkongsian di halaman Facebook rasmi mereka memaklumkan, kunjungan tersebut adalah julung kali diadakan susulan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

“Kunjungan diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan barisan Pengarah PDRM.

“Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu telah membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara,” jelas perkongsian tersebut hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI