fbpx

27 finalis berentap di pentas akhir Anugerah Francais Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaizi (lima kiri) bersama Azmawani (empat kiri) pada majlis pengumuman calon akhir Anugerah Francais Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Seramai 27 finalis bakal berentap merebut gelaran pemenang bagi pelbagai kategori Anugerah Francais Malaysia 2022 yang akan diadakan pada 8 Disember ini.

Antara syarikat atau jenama tersenarai sebagai finalis Anuge­rah Francais Malaysia 2022 adalah Cambrige English for Life, Seng Heng, McDonald’s, 7 Eleven, US Pizza, Marrybrown dan Seoul Garden.

Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rohaizi Bahari berkata, anugerah francais itu merupakan platform untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada penggiat francais di Malaysia yang telah menunjukkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti dan prestasi yang cemerlang.

Katanya, anugerah tersebut juga mampu menjadi batu loncatan kepada syarikat francais untuk mengukuhkan jenama mereka di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Saya berkeyakinan penuh bahawa jenama yang bertanding mempunyai kualiti yang cemerlang dan berkelayakan untuk menerima penganugerahan berprestij ini.

“KPDNHEP melihat program ini merupakan satu usaha serta sumbangan Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam memartabatkan industri francais negara yang seharusnya diberikan penghargaan dan dorongan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman calon akhir Anugerah Francais Malaysia 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MFA, Profesor Dr. Azmawani Abd. Rahman berkata, bagi menampilkan kelainan kepada anugerah pada tahun ini, pihak jawatankuasa telah memperkenalkan tiga kategori anugerah baharu.

Katanya, anugerah itu ialah kategori Anugerah ESG Terbaik Ekosistem Francais, kategori Anugerah Francaisor & Francaisi Mikro dan Mampu Milik Terbaik serta kategori Anugerah Francais Wanita Terbaik.

“Anugerah Francais Malaysia ini telah melalui proses evolusi serta penambahbaikan setiap tahun dari aspek proses, kriteria, penilaian, serta perlaksanaan secara keseluruhannya.

“Antara indikator penting yang diambil kira bagi penilaian anugerah pada tahun ini adalah dari segi aspek pertumbuhan dan pencapaian pemasaran serta daya saing sistem perniagaan francais dari tahun 2019 sehingga 2021,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI