fbpx

Warga emas temui ajal di kaunter bayaran tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang pekerja pembersihan warga emas ditemui meninggal dunia di kaunter bayaran masuk tandas di tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Jalan Klebang Besar, di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Ismail Saadah, 67, ditemui orang awam dalam keadaan terduduk dan tidak sedarkan diri di kerusi kaunter bayaran itu sebelum laporan polis dibuat pada pukul 8.25 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemeriksaan sepasukan anggota polis di lokasi telah menemukan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Siasatan di lokasi tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Punca kematian dipercayai disebabkan serangan jantung dan si mati juga pernah dirawat di hospital pada 2 November 2009 akibat penyakit itu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI