fbpx

Pekerja telan emas untuk diseludup dari lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu menelan emas seberat 81 gram dalam usaha untuk melarikannya. - Twitter

KINSHASA, Republik Demokratik Congo – Taktik seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (DRC) untuk menyeludup sejumlah besar emas dengan cara menelannya, gagal apabila dia dikesan oleh penggera pintu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laman berita Mines.cd, lelaki itu telah menelan emas seberat 81 gram (g), namun ia dikesan penggera pintu ketika cuba meninggalkan sebuah bangunan.

Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan, di mana ujian ultra bunyi memaparkan emas itu bergerak melalui sistem pencernaannya. Dia diberi sejenis produk untuk mengeluarkan emas itu melalui duburnya.

“#DRC Seorang pekerja Kibali (lombong emas) menyeludup 81g emas. Ingin meninggalkan tapak itu, laser pintu dikesan dan kemudian mencetuskan penggera.

“Dibawa ke hospital, emas yang ditelan itu kelihatan pada ultra bunyi. Selepas diberikan produk, dia mengeluarkan emas itu melalui dubur,” demikian menurut ciapan Mines.cd di Twitter.

Mines.cd memberitahu akhbar Daily Star bahawa maklumat yang diterima itu disampaikan oleh sumber dalaman dan mereka masih mencari butiran lanjut.

Lombong Emas Kibali terletak di timur laut DRC di wilayah Haut-Uele.

Ia adalah salah satu lombong emas terbesar di Afrika dan dikendalikan oleh Barrick Gold Corporation. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI