fbpx

Pegawai bank perdagang bini untuk aktiviti seks dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) diiringi anggota polis bertugas.

SEREMBAN – Seorang pegawai bank dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks pada Oktober lalu.

Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun bagi pendkawaan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Lelaki itu  didakwa memperdagangkan isterinya yang berusia 35 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di Kuala Pilah dekat sinii pada 30 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Berdasarkan fakta kes, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menangkap tertuduh yang disyaki menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam menguruskan aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan mengeksploitasi seks ke atas mangsa.

Siasatan mendapati tertuduh merupakan suami yang sah kepada mangsa telah memperdagangkan wanita itu bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai lalu untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf.

Selain itu tertuduh juga sedang menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan kerana hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI