fbpx

Mekanik maut van jenazah masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN van jenazah dipandu mangsa selepas terbabas di kilometer 16 Jalan Jemaluang-Mersing pagi tadi.

MERSING – Seorang lelaki maut selepas van jenazah dipandu terbabas ke dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Jemaluang-Mersing, pagi hari ini.

Mangsa, Wan Mohd Nasyaruddin, 38, difahamkan dalam perjalanan pulang ke Endau selepas selesai menguruskan penghantaran jenazah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi.

“Bahagian Siasatan dan Trafik IPD Mersing menerima panggilan dari orang awam menyatakan terdapat kes kemalangan maut melibatkan sebuah van yang terbabas sendiri ke dalam gaung.

“Van berkenaan dipandu seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai mekanik di Endau. Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu dari arah Johor Bahru ke arah Mersing telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi divider di bahu jalan.

“Akibat kejadian itu menyebabkan van dipandu termasuk ke dalam gaung setinggi tujuh meter di hadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Mersing.

Menurutnya, mayat pemandu van tersebut telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI