fbpx

Kayu lapik tiang elektrik patah semasa tiga mangsa bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu pelapik tiang elektrik dikatakan patah sebelum longgokan tiang itu bergolek dan menghempap tiga mangsa di Kampung Belukar, Changlun pada semalam.

ALOR SETAR – Kayu pelapik tiang elektrik dipercayai patah sebelum longgokan tiang itu bergolek lalu menghempap tiga kanak-kanak di Kampung Belukar, Changlun dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya berusia 11 dan 13 tahun cedera parah dan patah paha.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, ketiga-tiga mangsa bermain di atas longgokan tiang elektrik tersebut sebelum sebatang kayu yang digunakan untuk melapik tiang  patah dan bergolek lalu menghempap mereka.

“Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan jentera untuk mengangkat tiang elektrik itu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka serta kepala dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI