fbpx

Gelagat budak tiga tahun lipat kain dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak perempuan sedang khusyuk melipat pakaian.

PETALING JAYA – Tindakan kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun yang rajin melipat pakaian sendiri sambil menyanyi kegirangan buat ramai orang sejuk hati.

Perkongsian sebuah video di akaun TikTok @rearadzi yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut memaparkan anak kesayangannya sedang melipat kain sambil menyanyi.

Video tersebut telah tular sehingga meraih lebih 50,000 tontonan dan 4,133 tanda suka seterusnya mengundang pelbagai respon dan reaksi daripada orang ramai termasuklah rasa sejuk hati dengan tindakan si manja tersebut.

“Sejuk perut ibu awak mengandungkan awak adik, masih kecil lagi sudah rajin tolong ibu dengan ayah, sejuk hati akak tengok,” komen seorang pengguna TikTok.

“Alahai comelnya, gembira sungguh awak lipat kain, makcik pun gantung pakai penyangkut baju sahaja, malu pula makcik dengan awak adik,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“MasyaAllah anak solehah, sejuk mata turun ke hati tengok anak-anak rajin macam ini, kalau dekat dah lama makcik bagi awak hadiah adik,” komen pengguna yang lainnya.

Dalam sudut lain, terdapat juga orang ramai yang menyifatkan perbuatan kanak-kanak tersebut merupakan hasil didikan yang bagus daripada kedua ibu bapanya.

“Ini sebab dia rajin tengok emaknya lipat kain, bagaimana acuan begitulah kuihnya,” tulis pengguna TikTok itu.

“Bagus akak didik anak akak sejak kecil lagi, kanak-kanak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan bagaimana warnanya nanti,” komen pengguna yang lainnya.

“Anak ini adalah anugerah daripada yang datang dengan amanah, bagus akak didik, nanti senang bila besar sebab sudah terbiasa- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI